Tarawih bermaksud bersenang-senang atau lebih dikenali sebagai beristirehat. Menurut Dr. Sa’id bin ‘Ali bin Wahf Al_Qahthani dalam kitab Shalatut Tathawwu’ Mafhum wa Fadhailu wa Aqsam wa Anwa’ wa Adab fi Dhau’i Al_Kitabi wa As_Sunnati mengatakan bahwa dinamakan sebagai solat tarawih (solat santai), kerana para sahabat ketika itu beristirahat setelah empat rakaat.
Solat tarawih merupakan solat sunat yang dilakukan pada setiap malam Ramadhan dan berehat setiap selesai 2 kali salam.
Hukum menunaikan Solat Sunat Terawih adalah sunat mua'akad iaitu sunat yang dituntut bagi yang mengerjakannya.
Antara Fadhilat-fadhilat atau kelebihan Solat Sunat Terawih ialah:
Dimalam pertama
- Diampunkan dosa-dosa orang yang beriman seperti keadaan baru dilahirkan
Dimalam kedua
- Diampunkan dosa-dosa orang yang beriman serta kedua orang tuanya.
Dimalam ketiga
- Para Malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang menunaikan solat terawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam seterusnya, semoga Allah akan terus mengampunkan dosa-dosa mereka.
Dimalam keempat
- Memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Dimalam kelima
- Dikurniakan pahala oleh Allah seumpama pahala orang-orqang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram, Amsjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
Dimalam keenam
- Dikurniakan pahala seumpama pahala para malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah turut berdoa untuk keampunan mereka.
Dimalam ketujuh
- Seolah-olah dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolongnya menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.
Dimalam kelapan
- Memperolehi pahala sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Dimalam kesembilan
- Dikurniakan pahala serta ditingkatkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
Dimalam kesepuluh
- Dikurniakan kebaikan dunia dan akhirat
Dimalam kesebelas
- Meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti ia baru dilahirkan.
Dimalam keduabelas
- Akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
Dimalam ketigabelas
- Akan datang ia pada hari kiamat dengan keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
Dimalam keempatbelas
- Datang malaikat menyaksikan ia sembahyang Terawih, serta Allah tidak menyesatkannya pada hari Qiamat.
Dimalam kelimabelas
- Semua para malaikat yang memikul 'Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Dimalam keenambelas
- Allah menulis baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
Dimalam ketujuhbelas
- Allah menulis baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala para Nabi-nabi.
Dimalam kelapanbelas
- Malaikat akan menyeru: 'Wahai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang telah mati).
Dimalam kesembilanbelas
- Akan ditinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.
Dimalam keduapuluh
- Dikurniakan kepadanya sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh.
Dimalam keduapuluhsatu
- Akan dibina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
Dimalam keduapuluhdua
- Akan datang ia pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hbari tersebut.
Dimalam keduapuluhtiga
- Akan dibina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
Dimalam keduapuluhempat
- Akan dibukakan peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Terawih pada malam itu.
Dimalam keduapuluhlima
- Allah akan mengangkat seksa kubur darinya.
Dimalam keduapuluhenam
- Dikurniakan empat puluh tahun ibadat
Dimalam keduapuluhtujuh
- Dikurniakan kemudahan untuk melintas titian Sirotolmustaqim sepantas kilat.
Dimalam keduapuluhlapan
- Akan dinaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
Dimalam keduapuluhsembilan
- Dikurniakan kepadanya pahala seribu haji mabrur.
Dimalam ketigapuluh
- Allah akan memberi penghormatan kepada orang yang berterawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud):"Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad yang bernama Al-Kautsar".