Berpuasa di bulan Ramadhan merupakan Rukun Islam yang ke-3. Berpuasa di dalam bulan ini merupakan tuntutan dari Allah seperti yang tertera di dalam firman-Nya:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Berpuasa bermaksud menahan diri dari makan dan minum dan segala perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.
Syarat-syarat berpuasa terbagahi kepada 2 bahagian, iaitu:
1- Syarat-syarat wajib:
a. Islam
b. Baligh
c. Berakal
d. Berupaya yakni sihat
e. Bermukim
2- Syarat-syarat sah:
a. Islam
b. Berakal
c. Suci dari haid dan nifas sepanjang hari
d. Niat
Niat Puasa dan Qadha’ Puasa Ramadhan1) Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :
نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.2) Lafaz niat puasa Qhada’ Ramadhan :
نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى .
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala.Doa Ketika Berbuka Puasa
اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.
Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani
0 comments:
Post a Comment